Sunday, August 30, 2015

Selamat Hari Kebangsaan

Aku ni kalau bab nak fikir tajuk memang fail. Tak kreatif lepas tu pemalas, so terbit la tajuk seperti di atas. Aku bukan lah nak bercerita pasal hari kebangsaan sangat, maaflah aku memang kurang semangat hari kebangsaan. Tapi pape pun, aku still nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan. Malam ni mesti banyak bunga api sana sini, jalan pun confirm sesak dgn kenderaan. Hati-hati memandu.

Aku sebenarnya nak cakap pasal mendidik hati untuk buat sesuatu kerana Allah. Lain benor tajuk nya -_-"

Aku rasa payah betul nak bagitahu kat diri sendiri untuk buat sesuatu ikhlas kerana Allah Taala. Lebih2 lagi kalau mende yang kau kena buat tu, bukan la mende yang kau suka. Contohnya macam, kau tak suke bos kau then dia suruh buat something. Mesti dalam hati mengata macam2 kan. Tak pun kau pergi membebel kat ofismate kau macam2. Dah habis marahkan bos baru la kau cakap, takpe la aku buat kerana Allah. Tu pun kalau teringat kan. Kalau tak, buat dgn perasaan marah, perasaan annoying, perasaan tak suke, perasaan tak redho. Dan sebagainya. 

Hmmm.. 

Macam mana nak didik hati untuk buat semua perkara hanya kerana Dia? Walaupun dalam perkara paling tak suka, perkara paling annoying, perkara paling menyampah? Macam mana korang rasa? 


Saturday, August 15, 2015

Tadaaaa

Dah setahun lebih tak hapdet blog. Pfftttt, ni la orang cakap mengada-ngada, orang lain ade nak ade jugak. Kalau barang kat umah ni, dah lama guwa tapis buang masuk tong sampah. Sebab lama sangat tak gune.

Ape citer lu orang? Ada baik ka? Guwa alhamdulillah, ada selera makan lagi. Walaupun tak banyak. Kehidupan dah banyak berubah. Biase le manusia, takde perubahan boring pulak nanti. Ye dok?

Ape guwa nak bercerita hari ni? Hurmm.. Guwa pun tak pasti nak cerita ape.

Guwa boring pada saat ini. Rasa nak makan banyak-banyak. Rasa nak makan pizza, makan lamb chop, sambal udang, goreng pisang mawar, ikan bakar, char kuew teow. Rase nak makan semua. Rasa nak pergi berkelana (chewah), nak mengembara, berjalan tengok tempat org. Haihh. Mungkin guwa patut berlari 2km untuk hilangkan rasa yg tak best ni. Pfffttt. 

What would you do if you know that you are not happy?

Ok la bai, guwa nak pi tidoq. 

Sunday, June 22, 2014

Bahagia

Semalam guwa duduk melepet je kat rumah. Nak kemas rumah malas, nak mandi malas, nak makan malas, nak buat kerja pun malas. Pendek cerita, semua la guwa malas semalam. Sudahnye disebabkan malas makan, perut masuk angin lalu kepala pun migrain. Dah migrain, guwa pun rasa nak muntah dan terus lemah longlai. Dah malam tu baru guwa rajin kan jugak diri pergi mencari makanan. Sesudah makan guwa pun baring di sofa empuk rumah guwa dan termenung, memikiorkan masa depan yang samarinda (baca samar).

Terbit la soalan di minda guwa, apa itu bahagia? Apa definisi bahagia untuk lu orang? Adakah bahagia bermakna hidup kaya raya, ataupun bahagia itu dapat hidup bersama orang yang tersayang? Or bahagia itu mendapat kerja idaman walaupun gaji cinonet? Bahagia itu cukup hidup berserdahana dengan landas - landas Islam tetapkan? Bahagia itu dapat melihat anak - anak membesar bagai johan? Bahagia itu bermakna hari - hari dapat makan makanan yang sedap? Bahagia itu bermakna balik kerja tengok muka orang yg kita sayang terus rasa bahagia? Adakah bahagia itu bermaksud membahagiakan orang lain lalu kita terus bahagia sepanjang zaman? So, apa itu bahagia untuk lu orang?

Bahagia itu sangat subjektif guwa rasa. Dia bergantung pada banyak perkara. Guwa merenung masa depan sambil memikiorkan apa itu bahagia, sampai la guwa tertido. Sudahnye, guwa masih takde jawapan apa itu bahagia. Pagi ni guwa bangun tido dengan perasaan yang kurang bahagia untuk pergi kerja. Soalan yang terbit di minda guwa malam tadi, guwa tinggalkan tak berkesudahan (chewah). Guwa tinggalkan persoalan tu untuk lu orang selesaikan.

Entah la ape yang guwa merepek ni. Guwa dalam dilema nak terima kerja baru ke tak ni?? 

Monday, June 16, 2014

Guwa yang sekarang

Tiba - tiba hari ni guwa rasa nak update blog. Sebenarnya sebelum - sebelum ni pun ada jugak rasa nak update new entry, tapi dah tulis separuh tiba - tiba idea hilang entah kemana. Kerap sangat jadi macam ni. Akhirnya guwa give up, tutup laptop campak jauh - jauh. Sambung tengok tivi. Oh, tapi sekarang guwa jarang jugak tengok tivi. Mungkin sebab kebanyakan movie guwa dah khatam or mungkin semua movie yang tengah tayang kat tivi tak menepati citarasa guwa. So sekarang biasanya malam - malam guwa dah tak buka tivi lagi. Kalau buka pun, tivi yang tengok guwa. Guwa akan tengok laptop ataupun baca buku. Cakap pasal baca buku, guwa dah lama tak layan perasaan dengan membaca buku. Buku - buku guwa pun banyak dalam kotak, yang belum di keluarkan semenjak dari guwa balik dari London akhir tahun 2012. Kebanyakan buku guwa, guwa tinggal dalam kotak kat rumah akak guwa. Malas pulak guwa nak angkut bawak datang sini memandangkan sekarang ni guwa duduk rumah sewa (Walaupun rumah sewa sekarang dah penuh dengan segala bagai kelengkapan macam rumah sendiri!).

Guwa ada beberapa cerita yang guwa nak update kat sini, antaranya update pasal guwa tour europe bulan May baru - baru ni, pasal hari graduasi guwa, cerita pasal dilema kerja yang guwa tengah hadapi sekarang dan beberapa lagi cerita boring. Tapi macam guwa cakap tadi, bukan senang nak bercerita ni. Apatah lagi dengan guwa yang kurang bakat dan kurang kreatif untuk bercerita. Guwa agak kagum dengan penulis - penulis blog yang berjaya update blog setiap hari ataupun setiap dua tiga hari ataupun seminggu sekali, ni pun dah kira hebat bagi guwa. Guwa selalu berazam nak update cerita lebih kerap, tapi biasanya azam guwa tu ke laut ataupun ke longkang.

Dulu, ada beberapa blog yang guwa memang akan baca. Almost everyday guwa akan check update cerita terbaru. Korang penah baca blog anak mat nor? Lawak gile blog ni, guwa boleh baca siap gelak guling - guling atas katil. Tak tipu. Tapi sekarang penulis blog ni dah tak menulis kat blog ni lagi, dah ada blog baru. Tapi blog baru pun makan tahun nak update. Last - last guwa pun dah tak follow lagi. Baru - baru ni guwa tengok instagram, tiba - tiba guwa nampak Sharifah Amani ada tag penulis blog anak mat nor ni. Rupa - rupanya budak ni tengah busy buat filem, tajuk Nostalgila. Tak silap guwa akan keluar di Hari Raya Aidilfitri yang mulia nanti. Tak sabar pulak guwa nak tengok Nostalgila ni, hasil kerja anak mat nor.

Nanti next entry guwa update pasal tour europe guwa itu hari. Guwa tak janji, tapi guwa cuba. Ok la, selamat menonton world cup. Lu orang team mana?

Monday, December 30, 2013

Good Bye 2013

Cepatnya masa berlalu, tinggal lagi sehari dah masuk tahun 2014. Guwa rasa macam baru je guwa habis belajar kelmarin. Rupanye dah hampir setahun guwa dah bekerja semula. Masa memang tak tunggu siapa-siapa. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat babai kena tinggal.

Apa pencapaian lu orang tahun ni? Tahun ni guwa berjaya complete kan dua mende yang agak besar untuk diri guwa. Alhamdulillah, akhirnya guwa berjaya mendapatkan Master guwa. Walaupun takde la semenggah sangat result guwa. Tapi Alhamdulillah, guwa bersyukur. Yang kedua, guwa berjaya tukar kerja, walaupun still dalam company yang sama. Tapi guwa agak gumbira dengan kerja baru (tapi kadang-kadang rasa nak benti keje jugak. hewhewhew -__-")

Ada jugak perkara yang sedih berlaku tahun ni, tapi biarlah guwa simpan di sudut hati guwa yang paling dalam. Ecewahh. Perkara yang sedih usah dikenang, nanti kelak merana badan. Kofkofkof (batuk gaya sopan).

Tahun ni jugak, ada satu perkara yang guwa menyesal. Kalau boleh nak undur masa, putar balik. Sepanjang hidup guwa, guwa tak pernah regretting things macam ni skali. Biasanye guwa akan regret, kalau guwa tak buat something yang betul-betul ada depan mata guwa. Guwa memang ada perangai macam tu. So, bila ada chances depan mata, guwa akan take it. The consequent, guwa pikir lepas dah buat. Hewhewhew. Ye, guwa memang macam tu. Tapi kali ni, guwa betul-betul menyesal sebab guwa pilih untuk take the chances. Tapi nak menyesal sekarang pun tiada gunanya lagi.

Guwa percaya, apa pun yang terjadi ada hikmah di sebalik mende tu. Tapi sebenarnye, payah sungguh guwa nak pujuk hati guwa ni. Macam kena lempang laju-laju, tu pun belum tentu berjaya pujuk. Degil! Keras kepala! Rasa nak semping je! Begitulah degilnya hati guwa. Guwa sendiri tak boleh pujuk, apetah lagi makhluk lain. Kofkofkof.

Okay, cukuplah penutup untuk tahun 2013 nih. Guwa harap tahun 2013 ni, memberikan kenangan dan pengajaran yang baik untuk lu orang semua. Yang penting, positive dan banyak-banyak bersabau.

Jumpa lagi next year. InsyaAllah :)  

Tuesday, November 19, 2013

Batuk Buatan

Guwa nak tengok CD malam ni. Cerita The Smurfs 2. Tapi Meon kesayangan guwa merajuk dah empat hari. Guwa dah pujuk-pujuk pun tak mau dia. Geram pulak guwa rasa nak hempok. Nasib baik Meon ni hemsem macam Chris Hemsworth. Esok guwa nak bawak Meon pi klinik. Sabar ye Meon. Meon memang sabar je, guwa yang tak sabar.

Astro Fox movie tayang cerita Twilight Breaking Dawn Part 2. Dah 8 kali guwa tengok cerita ni. Guwa rasa Astro dah kehabisan cerita la. Guwa ingat nak pi Astro kasik pinjam CD guwa. Guwa ada cerita Smurfs 2, Conjuring, Prisoners, Hours dan lain lain lagi. Guwa baru beli hari Senin hari tu. Tapi sebab Meon merajuk, satu CD pun guwa tak dapat tengok.

Guwa sekarang tengah mengidam nak layan cerita seram. Jadi, guwa pun google Insidious Part 1 di Youtube. Baru tengok 2 minit, guwa dah close page tu. Bukan takut...betul bukan. Guwa rasa tengok kat laptop tak suspen sangat, guwa nak tengok guna Iphone la. Baru rare sket kena kerut-kerut kening nak pokus.

Begini la malam guwa di hari Selasa ni. Okay la, guwa nak layan CSI dulu. Tapi sebelum tu, jom sap kok lu. 

p/s: Meon tu Macbook Pro guwa. 

Thursday, November 14, 2013

Gerai Pak Mat Tepi Sawah

Boring.

Guwa rasa sekarang life guwa macam stagnant je. Takde percikan api apa tah lagi ayam percik =_=”
Bila sindrom boring ni datang, guwa mula rasa nak habiskan duit yang tak berapa nak ada tu. Rasa nak naik roller coaster sambil melalak terlolong, rasa nak naik Solero Shot dan permainan yang seangkatan dengannya. Rasa nak pi tengok cerita paling seram di alam maya nih. Dan pelbagai perasaan lagi.

Satu lagi sindrom guwa sekarang, asal weekend je guwa panas bontot nak balik kampong. Dulu boleh kira berapa kali je guwa balik kampong, Sekarang boleh kira dengan jari kaki kanan berapa kali je weekend guwa berada ni negeri guwa mencari rezeki. Kalau takde aktiviti bersama rakan sepermainan, Jumaat petang je guwa calo beta. Balik kampong tengok muka Puan Siti, sangat menenangkan hati yang gundah gulana. Hewhewhew. Tak caya? Cube la try buat. Bermain bersama Humayra jugak sangat menggembirakan hati guwa.

Keadaan apabila perasaan terikat pada sesuatu, dan sesuatu itu menyakitkan dan menyedihkan dan memenatkan dan meletihkan dan meng’loser’kan yet lu orang still want to be there. Mende guwa merepek ni?

Diri guwa bukan lagi diri guwa.


Nama saya Daaniys Humayra