Sunday, August 30, 2015

Selamat Hari Kebangsaan

Aku ni kalau bab nak fikir tajuk memang fail. Tak kreatif lepas tu pemalas, so terbit la tajuk seperti di atas. Aku bukan lah nak bercerita pasal hari kebangsaan sangat, maaflah aku memang kurang semangat hari kebangsaan. Tapi pape pun, aku still nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan. Malam ni mesti banyak bunga api sana sini, jalan pun confirm sesak dgn kenderaan. Hati-hati memandu.

Aku sebenarnya nak cakap pasal mendidik hati untuk buat sesuatu kerana Allah. Lain benor tajuk nya -_-"

Aku rasa payah betul nak bagitahu kat diri sendiri untuk buat sesuatu ikhlas kerana Allah Taala. Lebih2 lagi kalau mende yang kau kena buat tu, bukan la mende yang kau suka. Contohnya macam, kau tak suke bos kau then dia suruh buat something. Mesti dalam hati mengata macam2 kan. Tak pun kau pergi membebel kat ofismate kau macam2. Dah habis marahkan bos baru la kau cakap, takpe la aku buat kerana Allah. Tu pun kalau teringat kan. Kalau tak, buat dgn perasaan marah, perasaan annoying, perasaan tak suke, perasaan tak redho. Dan sebagainya. 

Hmmm.. 

Macam mana nak didik hati untuk buat semua perkara hanya kerana Dia? Walaupun dalam perkara paling tak suka, perkara paling annoying, perkara paling menyampah? Macam mana korang rasa? 


Saturday, August 15, 2015

Tadaaaa

Dah setahun lebih tak hapdet blog. Pfftttt, ni la orang cakap mengada-ngada, orang lain ade nak ade jugak. Kalau barang kat umah ni, dah lama guwa tapis buang masuk tong sampah. Sebab lama sangat tak gune.

Ape citer lu orang? Ada baik ka? Guwa alhamdulillah, ada selera makan lagi. Walaupun tak banyak. Kehidupan dah banyak berubah. Biase le manusia, takde perubahan boring pulak nanti. Ye dok?

Ape guwa nak bercerita hari ni? Hurmm.. Guwa pun tak pasti nak cerita ape.

Guwa boring pada saat ini. Rasa nak makan banyak-banyak. Rasa nak makan pizza, makan lamb chop, sambal udang, goreng pisang mawar, ikan bakar, char kuew teow. Rase nak makan semua. Rasa nak pergi berkelana (chewah), nak mengembara, berjalan tengok tempat org. Haihh. Mungkin guwa patut berlari 2km untuk hilangkan rasa yg tak best ni. Pfffttt. 

What would you do if you know that you are not happy?

Ok la bai, guwa nak pi tidoq.