Thursday, September 20, 2012

Europe Trip

Guwa baru je selamat submit thesis guwa 2-3 hari lepas, guwa malas nak cerita panjang bab thesis ni. Pasal nya, kalau guwa cerita, guwa boleh jatuh sakit, merepek, meroyan, menjerit terlolong-lolong dan seterusnya bertukar kepada makhluk berwarna hijau seakan-akan incredible hulk. Buat masa sekarang tutup buku dulu pasal thesis, nanti akan datang guwa story mory kat lu orang. Hokeh? Okeh!

Actually entry ni guwa nak inform pasal euro trip guwa. Esok 21st september 2012, bermula la kembara guwa ke beberapa buah negara di Eropah. First time nih guwa nak keluar dari United Kingdom. Sebelum ni guwa tak pernah keluar lagi, guwa bertapa je dalam bilik guwa. Guwa just nak update schedule je kat lu orang, kepada yang tertanya-tanya tuh (chewah macam ada je yang tertanya...kuhkuhkuh) schedule nya seperti di bawah:

Date From where to where
21/9/2012 London - Paris
22/9/2012 Paris - Brussels
23/9/2012 Brussels - Amsterdam
24/9/2012 Amsterdam - Berlin
26/9/2012 Berlin - Prague
27/9/2012 Prague - Vienna
28/9/2012 Vienna - Zurich
29/9/2012 Zurich - Lucerne
30/9/2012 Lucerne - Pisa
01/10/12 Pisa - Florence
02/10/12 Florence - Rome

Actually guwa punya trip sampai 16th october 2012, trip yang seterusnya tu guwa tak tahu schedule dia. hewhewhew..

Oh Spain takde kan? Sebab member-member guwa dah cover Spain terlebih dahulu dari guwa, tapi takpe guwa ingat nak pergi kembara sendiri pulak nanti. kehkehkeh. Jom sape nak ikut guwa nanti?

Jumpe lu orang selepas sebulan, nanti guwa dah balik London guwa story pasal trip guwa khas untuk lu orang :)

Oh, lupa nak cakap...guwa nak beli fridge magnet banyak-banyak, souvenir untuk diri guwa sendiri.  

Thursday, September 13, 2012

Melakar Sejarah

London, 14 September 2012, 3.47 pagi.

Tarikh keramat, so guwa kena letak dalam entry supaya nanti guwa ingat tarikh ni sampai bila-bila. 


Percaya tak guwa dah seminggu tak tidur? 

Betul! Mata guwa dah macam mata panda, hari tu guwa pergi beli makanan ada orang cakap-cakap bila bertembung dengan guwa. "eh ni orang ke panda nih?" macam tu la lebih kurang.

Betul ni, tak tipu punya. 

Sunday, August 26, 2012

Mendobi

Dua entry sekali gus dalam masa sehari? Banyaknya masa free anda...? hewhewhew

Guwa pernah cakap tak macam mana guwa mendobi sepanjang guwa belajar kat London ni? Okay, let's mari check entry guwa sebelum ni. kehkehkeh. Takde pun kan, entry guwa pun baru berapa ketul je.

Marilah mari, guwa nak story pasal mendobi -- ni tagline guwa. Nyanyi macam lagu mari mengundi.

Tempat guwa stay ni takde washing machine, so guwa kena laundry kat luar. Tempat guwa laundry ni nama dia Central Wash dan dia ada beberapa branch di sekitar London nih. Dulu masa awal-awal guwa selalu laundry dekat Central Wash di Edgware Road. Dari tempat guwa dalam 10 - 15 minit masa yang di ambil kalau berjalan kaki. Lama-lama guwa tak larat la nak jalan kaki bawak beg berat-berat, macam nak terkehel tulang bahu guwa. So guwa bertukar ke Central Wash di Quensway. Guwa boleh pergi balik naik bus or naik tube. Kurang penat. kehkehkeh.

(Gambar dari google)

Central wash ni tak macam kedai dobi kat Malaysia, kalau kat Malaysia kita just drop baju kotor kita then tiga hari lepas tu datang ambik. Oh tidak sama sekali di sini. Ada jugak service macam tu, tapi guwa rasa mahai kot. So kat sini self-service laundry. Macam mana self-service laundry nih? (garuk-garuk kepala yang tak gatai) Kat sini dia sedia kan washing machine and dryer, lu orang basuh sendiri. Masuk kan coins nanti washer tu berpusing. Kehkehkeh. Macam tu le.

Washer ada dua jenis, yang besar 30 kilo, sekali basuh kena masuk kan 6 pound coins. Yang kecik 14 kilo, sekali basuh kena masukkan 4 pound coins. Dulu-dulu, yang kecik 3 pound je and yang besar 5 pound je, tapi sekarang dah naik harga. Sabun bawak sendiri or boleh beli kat situ, 50 pence.

(Gambar dari phone guwa)

Gambar kat atas ni untuk washer yang kecik punya, lu orang nampak tak ada bakul kat atas washer tu? Itu gunanya bila kita dah siap basuh, boleh la keluarkan baju-baju yang basah tu letak dalam bakul untuk transfer masuk dryer plak. Nampak tak kat hujung skali ada machine tulis 'change'? Itu machine untuk tukar coins, since washer dengan dryer ni beroperasi menggunakan syiling, so dorang letak machine tukar coin terus. Takde la lu orang kena pi kedai, tipu-tipu beli barang harga 10 pence tapi sebenarnya nak coins. kehkehkeh. 

(Gambar dari phone guwa)

Gambar kat atas ni, yang kaler putih tu dryer. Lepas basuh boleh terus keringkan. Kat sini kan matahari jarang-jarang ada, so tak payah la lu orang nak berjimat sangat pi jemur kain. Dry je terus, senang citer. Nanti kalau pi jemur, seluar dalam tak kering tak kan nak pi pinjam member sebelah bilik plak. Buat malu kampung je. Jangan buat perangai macam tu =__="

Yang sebelah dryer tu washer yang besar, yang 6 pound tu. So kalau minggu tu pakai baju 8 lapis, kena la basuh guna washer yang besar. Pandai-pandai la membuat pilihan. Oh lupe guwa nak story pasal dryer. Dryer nih 1 pound untuk 10 minit, so biase guwa masuk 3 pound. So 30 minit la untuk keringkan baju guwa. Macam ni lah rutin mendobi guwa, guwa basuh baju 2 minggu skali. Jimat sket. kehkehkeh.


Best kan dobi kat tempat guwa nih? Guwa rasa balik Malaysia nanti guwa nak buka kedai dobi la. Lu orang nak jadi customer guwa tak? 

Sharing is Caring: Mara House London

Esok member guwa akan buat open house, tapi open house ni untuk kita orang berempat je. Tapi guwa saja je nak update kat sini, menu dia adalah satey, nasik impit, kuah kacang dan nasi tomato (ni guwa agak je...harap-harap dia memang masak nasik tomato).  Member guwa nih pernah masak nasi ayam dengan nasi tomato untuk juadah berbuka di bulan Ramadhon hari tu. Guwa tak tipu memang sedap sampai boleh tambah 4 pinggan. Malam tadi sebelum tidur guwa cuba membayangkan satey member guwa nih, beserta dengan kuah kacang dan nasi impit. Sudahnye malam tadi guwa mimpi pasal satey dan nasi impit sampai ke pagi =__="

Okay, cukup-cukup pasal makanan. Actually guwa nak cerita pasal Mara House nih, dah 5 hari guwa mandi air sejuk. Takde air panas. Dah le sekarang suhu agak menurun, so bile turun makna nye agak sejuk la. Tapi bukan la sejuk macam winter plak. Guwa dah tak tau nak rasa apa lagi ni dengan keadaan macam ni. Nak rasa marah ke rasa gumbira? 

Empat minggu yang lepas, masa tu guwa baru bangun pagi nak ke toilet untuk mandi. Baru guwa nak masuk toilet, tiba-tiba guwa nampak ada notice depan pintu. Tulis out of order. Ajaib nih, baru malam tadi je okay, getus hati guwa. Guwa pun masuk bilik semula, ambik phone terus call office Mara house. Guwa tanya apa pasal pulak toilet level guwa ni out of order. Orang tu cakap dia pun tak tahu, nanti dia pergi check. 

Tak lama lepas tu, guwa dapat message cakap tiles tepi bathtub tu dah tercabut. So kalau nak mandi tak boleh kena air kat situ. Kena mandi sopan santun berbudi bahasa supaya air tak mercik kat situ (ni guwa tambah sendiri). Sampai sekarang, dah sebulan guwa tak nampak effort nak betul kan pun dan notice tu still lagi ada kat situ. Ni masalah air panas yang tak sudah-sudah. 

Baru-baru ni, guwa ada terdengar perbualan seorang pakcik yang stay sementara waktu kat Mara house ni bertanya kan pasal toilet level guwa tuh. Soalannya berbunyi "toilet level 4 tu memang tak nak betulkan ke?" selamber je pertanyaan dia, tapi guwa sokong. kuskuskus. Lu orang tau orang tu jawab apa? Dia jawab kos nak betulkan mahal...bla..bla..bla...dalam hati guwa, memang sampai reput la tak betulkan nampaknya tuh.

Baru-baru ni lagi, guwa ada borak-borak dengan beberapa orang yang dah lama menetap di London nih. Dia orang bertanyakan pasal Mara House, ada yang nak menetap kat situ. Guwa pun bercerita la dengan jujur, tiba-tiba ada sorang kakak ni mencelah. Dia cakap dulu orang yang sama yang manage Mara house sekarang pernah manage Mara hostel (Mara House dan Mara hostel adalah 2 penginapan yang berlainan), masa tu keadaan Mara Hostel agak teruk. Guwa agak mesti keadaannya macam Mara house sekarang. Tapi sekarang Mara hostel dah agak better since orang lain dah manage.

Dan banyak lagi cerita yang guwa dengar, baru guwa tahu mostly dia orang memang tak suggest pun nak stay Mara House. Service memang very bad. Sekarang sewa bilik guwa dah naik. Since guwa dah nak habis belajar dah pun, guwa sabar je sekarang. Member-member guwa ramai dah melarikan diri dari Mara house. 

Sekian sahaja informasi untuk anda di luar sana :)

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya dan jugak Maaf Zahir Batin.

Guwa suspect rakyat Malaysia mesti masih sibuk berhari raya lagi nih, menziarahi saudara mara, jemputan open house, menghabiskan kuih raya dan sebagainya. Kehkehkeh...standard la tuh. Raya kan sebulan.

Buat pertama kali nya dalam hidup guwa cuma berhari raya hanya pada 1 syawal je tahun ni. Tapi boleh tahan jugak walaupun sehari je guwa raya. Macam nak terkehel tulang paha guwa menapak pergi open house. Dua jemputan open house je pun, actually ada la beberapa jemputan open house. Tapi guwa dah tak larat. Mana tak nya, pergi open house menapak jauh beb...haha.

Seawal 7 pagi pada 1 syawal (19 Ogos) guwa dah keluar rumah dengan kawan-kawan guwa. Kita orang plan pergi solat hari raya di London central mosque. So pagi-pagi dah keluar dengan berbaju raya. Lepas siap je solat hari raya, terus guwa bergegas ke Malaysian embassy plak. Kat sini la semua rakyat Malaysia yang menetap di London berkumpul, actually ada takbir raya dan solat raya sekali kat sini, tapi member guwa saja je tukar angin ajak pergi central mosque. Molek-molek je guwa dan member sampai kat embassy, dorang dah settle semua. Cuma nak salam-salam maaf zahir batin je. Guwa pun pergi la join, jumpa member-member. Salam peluk cium, menitiskan air mata (ni guwa tambah-tambah je). kehkehkeh.

Lepas tu member guwa ajak pergi Big Ben, ambik gambar. Puas la kita orang posing kat situ. Semua orang senyum je tengok kita orang. Guwa macam biasa la, mesti la membalas senyuman dengan senyuman paling manis. Kehkehkeh. 

Da siap bergambar guwa pun bergerak ke open house yang pertama, rumah Tuan Yang Terutama Datuk Zakaria Sulong. Jauh guwa menapak, tu yang guwa cakap nak terkehel tulang paha tu. Ni tak tipu punya, dekat 2 kilo guwa menapak. Nasib baik makanan tidak menghampakan guwa dan rakan-rakan. Cuma ketupat pulut je takde. Guwa kan orang pantai timur, time raya ketupat pulut wajib. Dah penat kita orang isi perut kat situ then guwa gerak ke rumah terbuka yang kedua. Yang ni makanan pun boleh tahan. Guwa makan sampai tak ingat orang sebelah, tak pandang kiri-kanan. Ada lemang, sate, nasi impit kuah kacang dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah. Seharian guwa beraya pada 1 syawal tu. Memang berbaloi-baloi. Guwa balik rumah dalam pukul 8 malam.

Guwa tidur lena dalam kekenyangan sehingga la guwa terjaga pukul 230 pagi. Guwa cirit-birit sampai ke pagi tak boleh tidur beb. Tu la, lain kali makan tu beringat sket, jangan tamak haloba. Ni guwa pesan kat diri guwa. Hari raya kedua dan seterusnya guwa duduk dalam bilik diam-diam macam biasa.

Lu orang okay tak beraya? Banyak collect duit raya? 

Wednesday, August 8, 2012

Guwa malas nak fikir tajuk...

Guwa terkena alergik baru sekarang ni, antara alergik-alergik nya adalah seperti berikut...

1. Setiap kali nampak anak mat saleh yang comel, yang lingkungan umur antara baby ke lima tahun (actually semua anak dorang memang comel, sumpah tak tipu) guwa rasa nak tampor je anak dorang sebab comel sangat.

2. Setiap kali nampak anjing yang jenis kecik-kecik lepas tu bulu macam teddy bear, guwa rasa nak sepak je sebab cute nak mampos. Sepak biar terpelanting atas bumbung kereta.

3. Lepas tu setiap kali buka website tengok baju, jeans, kasut, bags or pape la yang cantik, menarik dan tertarik, guwa rasa nak karate laptop guwa biar terbelah dua. Sebab guwa tak boleh nak beli, diluar kemampuan guwa. 

4. Setiap hari sekarang guwa rasa nak makan banyak, sampai kadang-kadang sekali makan 30 pound. Guwa peduli apa sekali makan 50 pound pun. Guwa malas nak pikir banyak, sekarang nak pikir sikit je. 

5. Bila pergi jalan-jalan kat shopping mall, nampak je baju or apa-apa yang seangkatan dengan nya yang cuba menggoda guwa, guwa rasa macam nak pergi kat baju tu then koyak-koyak. Buat aksi macam gaduh tarik-tarik baju.

6. Ni alergik yang paling latest, bila buat kerja dah jumpa jalan buntu then takde siapa nak tanya, takde orang nak guide, guwa rasa macam nak ambik laptop guwa, buka note guwa ni, sekali dengan pen kaler-kaler guwa ni dengan kertas yang ada depan guwa ni bawak pergi masuk toilet, pergi flush kat toilet bowl.


Guwa syak semua ni berpunca dari VHDL, sekarang ni guwa rasa kalau guwa boleh merentasi terowong masa. Guwa nak pergi flush orang yang mula-mula perkenalkan VHDL ni.  

Saturday, August 4, 2012

Kenapa?

Pernah tak lu orang kadang-kadang tertanya-tanya pada something yang jarang-jarang orang persoalkan or maybe tak pernah langsung dipersoalkan. Kadang-kadang guwa suka buat pertanyaan soalan yang boleh di katakan memang tak masuk akal, tapi biasanya soalan tu guwa tanya kat diri sendiri je dan tak pernah dapat jawapan. Kang kalu guwa tanya kat orang, orang kata guwa sakit mental pulak. Guwa kasik dua soalan yang hot, yang selalu guwa tertanya-tanya:

1. Kenapa orang suka menggunakan perumpamaan "dunia dah nak terbalik...." masa kecik-kecik guwa belajar dunia tu berbentuk bulat, so guwa selalu tertanya-tanya macam mana yang di katakan dunia dah nak terbalik. Sedangkan ianya berbentuk bulat. So setiap kali guwa dengar orang cakap dunia dah nak terbalik, guwa terus cuba membayangkan sebijik bola yang guwa cube terbalik-balik kan.

2. Adakah setiap pulau yg berada di muka bumi ni terapung di lautan? Jika ianya tidak terapung, adakah bahagian bawah pulau tu bercantum dengan dasar lautan? Laut kan dalam macam mana la agaknye bentuk cantuman tu. Sampai sekarang guwa tertanya-tanya lagi, dan setiap kali guwa nak google je mesti time tu guwa takde access ke internet. Lu orang pernah terfikir tak macam guwa fikir nih?

Ada banyak lagi soalan yang mengarut sebenarnya tapi lain kali la guwa reveal. Guwa tengah pening ni dengan dissertation guwa pasal VHDL, so sekarang guwa tertanya-tanya kenapa guwa tak pandai programming VHDL? Dari petang tadi guwa tertanya-tanya, kenapa guwa selalu kena buat kerja yang guwa tak expert? Guwa tension, rasa nak tidur lepas tu bangun tahun 2015. Boleh gitu? 

Thursday, July 26, 2012

...

Hari ni guwa rasa demoralised nak mampos. Berbuka pun takde selera. Masa berbuka tadi, guwa ambik air masak minum lepas tu guwa ambik biskut tiger cicah dengan air masak. Lepas tu guwa solat maghrib. Memang guwa tak rasa lapar langsung, sikit pun takde rasa lapar. Padahal guwa berpuasa 18 jam kot. 

Setengah jam lepas tu baru guwa keluar beli apa-apa yang patut. Guwa fikir, kang kalo guwa tak makan jatuh sakit siapa pulak yang nak jaga guwa kat sini. Guwa keluar pergi beli grilled chicken wings 6 ketul dengan chips. Tapi guwa makan chips je, itu pun tak habis. 












Guwa nak balik...............pleasee.


Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa

Guwa puasa awal sehari pada lu orang semua yang berada di Malaysia, bermakna guwa akan berhari raya jugak awal sehari pada lu orang. kehkehkeh...Selamat berpuasa semua, semuga kita sama-sama dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna tahun ni :)

Hari ni punya pengalaman Ramadhon pertama guwa agak menarik. Meh guwa nak story kat lu orang.

Seperti hari-hari biasa, guwa memang melepak kat bilik je buat dissertation guwa. Actually buat dissertation ada la dalam 20% yang selebihnya guwa tertido la, tengok movie la. Memang banyak dugaan betul guwa nak fokus buat dissertation guwa nih. Takpe biarkan dulu cerita dissertation guwa tuh, next time guwa cerita. Okay, sambung semula. Tadi guwa keluar untuk membeli juadah berbuka agak lewat sedikit. Sebab ada kawan guwa tumpang solat kat bilik guwa tadi. Borak punya borak da pukul 8.30 malam. Berbuka pukul 9.08 malam. Guwa pun siap-siap nak cari juadah berbuka.

Sambil siap-siap tu guwa fikir-fikir nak makan apa. Di sebabkan malas nak fikir panjang nak fikir pendek je, guwa pun decide nak makan KFC je la. (KFC lagi? ye K.F.C idamanku selalu) Guwa pun keluar menuju ke KFC. Masa jalan menuju ke KFC tu guwa text member guwa yang duduk kat greenwich berbunyi "wei, buka apa? Guwa rasa loser giler nih sebab hari pertama berbuka puasa di bulan ramadhan yang mulia nih, guwa berbuka sorang-sorang. Guwa sedih nih!" Member guwa reply ringkas "Jangan sedih sangat, makan laju-laju lepas tuh bukak website gap, banyak sale!" Time tu guwa rasa nak campak hanfon guwa kat tengah jalan bior kena langgor dengan bas je.

Sampai je KFC, guwa pun pergi kaunter order juadah berbuka guwa. Ayam dua ketul, chicken wing dua ketul, kentang dan Pepsi. Take away. Guwa pun ready nak balik sebab jam dah menunjukkan pukul 8.47 malam. Baru je guwa nak melangkah keluar Hujan dengan lebatnya. Tapi bukan la lebat macam kat Malaysia, tapi agak lebat dari biasa. Dalam hati guwa, hujan rahmat time dekat waktu nak berbuka ni. Nasib guwa agak baik, sebab guwa ada bawak payung. Tapi most of the time, walaupun pakai payung akan basah jugak. Sebab hujan kat sini beserta dengan angin.

Guwa pun teruskan melangkah lagi untuk pulang berbuka. Tiba-tiba guwa teringat, kat bilik roti dah habis. Nanti sahur guwa nak sahur apa, guwa pun melencong menuju ke arah rail station sebab ada Saintbury kat situ. Dekat trafic light guwa berenti, tekan button untuk pejalan kaki melintas. Sementara guwa nak tunggu lampu hijau untuk pejalan kaki melintas. Guwa betulkan plastik KFC guwa, sebelah pegang payung sebelah pegang juadah berbuka. Guwa tersenyum dalam kehujanan itu. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena, ada penunggang basikal lalu di depan guwa. Lalu je takpe, tapi telah melanggar lopak yang mengandungi air hujan lalu air hujan itu terpercik ke arah guwa. Damn!!! Dalam hati guwa. Mulut guwa terus laju "wei, bodoh ke apa?? @#$%++&*" time tu guwa dah tak peduli dah, peduli apa nak maki dalam bahasa ibunda guwa. Dengan selamba dia reply "Sorry darling!" dan terus mengayuh basikalnya. Bengong! Kata guwa. Habis separuh pahala puasa guwa hari nih.

Tak jadi guwa pergi beli roti, terus balik bilik. What a great combination, alone, its raining, my clothes all wet and KFC. Tapi guwa bersyukur atleast guwa masih lagi dapat makan KFC yang sedap tu nak di bandingkan dengan orang lain yang lagi susah dari guwa yang entah apa la juadah berbukanya. Masa guwa on the way nak balik bilik guwa, guwa nampak sorang mamat ni (homeless people) duduk kat tepi jalan dalam hujan berselimut kan blanket berteduhkan atap kedai je. Oh lupa guwa nak cakap, di sebabkan recession yang melanda. Ramai rakyat-rakyat negara tempat guwa belajar ni homeless, tido tepi-tepi jalan je.

So, moral of the story. Jangan banyak complain, KFC pun kenyang. kehkehkeh. Selamat berpuasa kawan-kawan. Kalau makan murtabak ingat guwa ye. 


Tuesday, July 17, 2012

Crunchie Pun Sedap..

Semalam guwa puasa, hari ni pun puasa jugak. Ni ala-ala nak training puasa sebelum bulan romadhon menjelma. Maklum la sekarang summer, siang panjangggg daripada malam. Pukul  2.42 pagi subuh dah masuk then maghrib pulak pukul 9.10 malam. Lama kan? Kalau ikutkan perut macam tak boleh je nak puasa panjang-panjang nih, tapi insyaAllah buleh punye.

Di tepi sudut katil guwa ni, ada Cadbury Crunchie. Guwa beli Ahad lepas. Puasa-puasa nih, guwa nampak Crunchie ni macam sedap je. Ala-ala macam ayam masak merah makan dengan nasik minyak campur plak dengan acar timun dengan nenas. perghh!! Kalau lu orang tak percaya, cuba bulan puasa nanti lu orang beli Crunchie letak atas meja sebelah korang buat kerja. Time tengah pukul 2 petang macam tu. Guwa percaya, bukan ayam masak merah je yang keluar, ayam percik, ayam bakar, ikan goreng pun jadi sedap. kehkehkeh.

Ni kali pertama guwa puasa kat tempat orang ni. Makanan untuk berbuka tak banyak option, tambah pulak dengan guwa takde dapur nak masak buat ayam masak merah. Memang tak best perasaan dia. Apa option yang guwa ada? KFC, Subway, Kebab dari kedai pak arab, Chicken Cottage, Piri-piri, Pizza dan yang sewaktu dengannya la. Semua berbentuk western food. Guwa kesian kat diri sendiri sekarang. Tapi takpe lah, dugaan menuntut ilmu kat tempat orang.

Hari ni guwa nak berbuka dengan KFC, KFC tu kira antara yang sedap la bagi guwa. Guwa nak makan empat ketul ayam dengan fries. Lu orang kalau makan tu ingat-ingat sikit guwa kat sini. Nanti bila-bila guwa balik Malaysia, lu orang mesti rasa nak belanja guwa makan sedap hari-hari kan? Terima kasih la kesian kan guwa, guwa terharu.

Pos kan kuih raya untuk guwa boleh? kuih semperit, guwa teringin la. 


Saturday, July 14, 2012

Jangan Salah Beli

Semalam satu hari guwa duduk bilik (macam hari-hari sebelum ni guwa tak duduk bilik, padahal rutin harian guwa memang kat bilik je =_+") dah petang lepas asar dalam pukul 545pm waktu london baru guwa keluar mencari sesuap makanan. Guwa lapar nak mati sebab dari pagi tak makan apa-apa. Guwa pun siap-siap, tukar jeans, pakai long sleeve dan capai jacket denim Zara guwa. Sebelum keluar guwa check suhu dulu, masih terkawal. Guwa pun melangkah keluar. Hujan rintik-rintik perkara biasa sekarang, so redah je. Dalam hati guwa ligat berfikir, nak makan apa ni. Perkara paling boring guwa nak fikir..."nak makan apa?" Tiba-tiba teringat soto yang guwa pernah makan kat MSD, terus perut buat bunyi-bunyi macam setuju. Guwa pun menuju ke tube station untuk ke Bayswater. 

Sampai je kat bayswater baru guwa teringat, hari ni hari jumaat. So ada kelas tafsir kat MSD, kemungkinan untuk jumpa member-member guwa yang pergi kelas tafsir adalah 99.99%. Malu la guwa macam ni, terpaksa la guwa tukar plan. Bukan malu apa, yelah dah la tak pergi kelas tafsir, Datang plak buat muka tak malu makan kat situ. So harapan nak makan soto guwa pendam dulu, esok lusa kalau ada rezeki tak kemane. So guwa buat keputusan makan nasik ayam beserta dengan teh o ais limau dan jugak pineapple ice cream untuk dessert. Alhamdulillah kenyang! hehe..total 14 pound. Mahai dak? Biasa guwa budget untuk sekali makan paling tinggi 6 pound je, disebabkan guwa rasa nak makan sedap, so guwa tak kesah lah. bayo je.

Lepas makan guwa pun jalan-jalan dekat shopping complex yang berdekatan, Whiteley. Guwa pusing tengok kalau-kalau ada barang nak beli. Tapi semenjak jadi student ni, guwa kurang shopping. Selalu guwa buat-buat tak nampak je, unless barang tu memang keperluan. Kalau tak, guwa buat derk je walaupun baju-baju yang cantik tu melambai-lambai kat guwa. Guwa tak kan tewas! hahaha (gelak jahat) Kebiasaannye guwa berjaya. Ni guwa memang nak bangga, haha..ye lah lu orang cuba bayangkan duduk di kota london ni...bak kata orang heaven untuk shopping. Sabau je lah..

Mesti lu orang tertanya-tanya, apa kaitan entry guwa dengan tajuk kat atas kan. kehkehkeh, sebenarnya yang atas tu guwa merepek-repek je. ni guwa baru nak cerita. Lepas guwa dah jalan-jalan tu guwa fikir nanti sebelum balik guwa nak singgah kedai buku WHS kat paddington station. Guwa memang suka mengabiskan masa kat kedai buku. So on the way balik tu guwa pun singgah. Dengan buku guwa memang tewas la, guwa belek-belek buku then mata guwa tertumpu pada satu buku ni. Cover dia tak menarik pun, tapi banyak gile buku tu dia letak dekat bookshelves tu. So guwa pun terpanggil nak tengok buku tu, guwa baca sinopsis. Wah menarik! Memang jenis penulisan dan jalan cerita yang guwa suka baca. Guwa pun decide nak beli, dia ada tiga series. So guwa ambik dua sebab buy one, the next one half price. Guwa capai buku-buku tu, guwa pun pergi self-service-cashier. Bayo then terus balik bilik.

Guwa pun memulakan journey guwa untuk baca book one bertajuk Fifty Shades of Grey by E L James. First six chapter, memang best. Buat guwa tertanya-tanya apa seterusnya. Gaya penulisan memang mantap guwa bitau lu orang. Guwa pun dengan tersenyum meneruskan journey guwa, masuk chapter seven dahi guwa mula berkerut. Dalam kepala guwa tertanya-tanya. Buku ni nak citer pasal apa nih? Tapi takpe guwa teruskan lagi..tiba-tiba guwa rasa, ni lain macam ni. Guwa pun stop sekejap solat maghrib then guwa search internet, review pasal buku ni. Lu orang tau apa guwa jumpa? Rata-rata mengatakan buku ni semata-mata pasal sex. cessss...guwa pun cuba lagi meneruskan journey guwa. Memang sah, sekarnag guwa dah baca sampai page 180, cerita dia mengisahkan pasal seorang lelaki yang menjadikan perempuan yang dia jumpe sebagai hamba sex dia dengan kerelaan perempuan tu. Ni lah yang guwa dapat simpul dari 180 page yang guwa baca. Pasal sex tu guwa tak kesah sangat, tapi cara penyampaian dia. Perghhh detail giler, guwa rasa macam guwa tengok porn movie plak. Guwa stop sampai page 180 tu, bahaya nih. Ramadhon semakin hampir, tak elok la guwa baca mende2 mengarut nih. 


Dah la guwa beli book one dengan book two sekali, habis duit guwa. Ada siapa-siapa nak beli dari guwa tak? 

Thursday, July 12, 2012

Serabut Ayam

Kenapa entry kali ni tajuk seperti di atas? Sebab guwa sekarang tengah serabut ayam, serabut unta, serabut gajah dan semua jenis serabut yang ada. 

Lu orang sihat ke? Guwa sihat cuma dua-tiga minggu lepas guwa sakit gusi sebab wisdom tooth guwa di jangkiti virus. Sekarang musim panas (baca: summer) kat sini, tapi tak serupa musim panas pun. Hujan memanjang, duduk dalam bilik pakai sock tanpa gagal. Kalau tidur siang, guwa siap dengan selimut lagi, tutup muka bagai. Kadang-kadang tu roommate guwa siap turn on heater sebab sejuk sehingga mencecah tahap tidak terkawal. Lu orang agak-agak summer berapa suhu dia? ce teka. Salah tekaan anda. Kadang-kadang suhu cecah 13 darjah celcius. guwa jadi confuse, kat sini sepanjang zaman winter ke? kehkehkeh. Tapi takpe la, guwa suka sejuk-sejuk ni. Tak payah nak mandi sangat.

Ni guwa nak story serious sikit. Perjalanan guwa menuntut ilmu di rantau orang memang banyak dugaan. Dugaan dan cabaran yang besar dan mungkin guwa tak lupa sampai guwa ada anak cucu cicit. Nanti-nanti boleh guwa buat bedtime story untuk anak-anak guwa pasal journey guwa ni. InsyaAllah kalau umur panjang dan sihat tubuh badan. Macam kita selalu dengar pepatah ni, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Sepanjang guwa kat sini, dua kali guwa di duga dengan dugaan yang boleh di kata kan serious sehingga kalau tak berfikir dengan akal yang waras beserta dengan iman, guwa rasa guwa dah terjun tingkap tepi guwa ni. Dengan keadaan yang jauh dari keluarga dan kawan-kawan rapat, kadang-kadang boleh menjadikan situasi bertambah kelam. Tapi alhamdulillah, Allah tu sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. So, masa guwa tengah-tengah sedih, rasa tak mampu nak harungi walau seminit pun masa dalam sehari guwa selalu ulang-ulang ayat ni dalam hati guwa. Guwa kongsi dengan lu orang, hopefully  berguna untuk lu orang. 

"Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati, maka Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan yang kadang kala di luar jangkaan kita..."

Guwa tak tahu apa yang Dia rancangkan untuk guwa di masa akan datang, tapi guwa pasti apa pun rancangannya... itulah yang terbaik untuk guwa :)

Guwa tak pasti lagi bila guwa akan balik for good ke Malaysia, sebab nampaknya plan guwa dah bertukar 360 darjah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi takpe, mana la tau ada sesuatu yang menarik menanti guwa di hadapan kan. siapa tau..kehkehkeh. Lu orang doakan yang terbaik untuk guwa okay?

P/S: Sekarang baru guwa faham kenapa orang selalu cakap perjalanan menuntut ilmu (especially master and phd) ni adalah perjalanan kita untuk mengenal dan mendekati tuhan kita :)


Thursday, June 21, 2012

MARA House London

Best tak tajuk entry guwa kali ni?

Lama dah guwa tak membebel kat sini, guwa dah ala-ala lupa diri macam mana nak membebel. Guwa dah habis exam sekarang, lebih kurang sebulan yang lepas. Habis je exam guwa terus terbang bercuti ke tanah tumpah darahku. Lebih kurang tiga minggu guwa bercuti dan makan tanpa henti. Tapi sekarang guwa dah kembali ke alam realiti guwa di London. Boleh katakan sekarang guwa agak gumbira sebab exam guwa dah tamat. Lu orang tolong doakan supaya guwa pass exam guwa, okay? Tapi guwa tak boleh happy sangat sebab guwa ada masa 2 bulan untuk buat dissertation guwa. Tapi sekarang guwa bukan nak cerita pasal exam atau pasal dissertation. Seperti tajuk di atas, guwa nak cerita serba sedikit supaya nanti kalau lu orang nak jalan-jalan London boleh la decide sebelum menempah penginapan anda di sini. Okay?

Semenjak hari pertama guwa sampai di London ni, guwa memang stay kat sini. MARA House ni adalah private accomodation untuk student Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang datang ke London ni. Dia macam ala-ala budget hotel tapi menyediakan long term accomodation untuk student. Tapi dorang jugak ada menyediakan short stay. Agak-agak lu orang clear tak guwa terangkan ni? Terletak di zone 1 dan memang dekat untuk access pengangkutan awam seperti underground, bus, train dan sebagainya. Lima minit je jalan kaki. Makanan halal pun banyak. Management pun baik dan peramah. Yang ni guwa kasik 5 star! 

Dah hampir 9 bulan guwa stay kat sini, selok belok MARA house ni dalam poket baju guwa je. Lu orang nak tanya apa-apa, insha'Allah guwa boleh jawab. hehe...

Sekarang guwa nak masuk cerita pasal condition, facilities dan sebagainya yang ada kat MARA house ni. Ni adalah feedback guwa yang ikhlas dari apa yang guwa lalui, yang lain terserah pada lu orang untuk menilai apa sekali pun. okay? Hehe.. yang ni susah sket guwa nak story-mory nih. 

Bab keluasan ni susah guwa nak cakap, sebab lu orang tau la London ni memang kalau boleh nak squeeze semua mende. So lu orang paham-paham je la. Bilik memang a bit small. Bathroom dgn toilet shared for each level, kecuali ada satu studio room yang complete dengan dapur dan toilet. Studio room ni pun guwa pernah duduk jugak, masa awal-awal sampai dengan family guwa. Studio room ni mahal sket compare dengan bilik lain. Double bed, ada study table dan juga wardrobe, facilities yang ni takde masalah cuma blanket tu macam was-was nak guna. Toilet studio room ni agak mengecewakan, keadaan yang kurang bersih dan masa guwa duduk tu shower room dia tersumbat. Kadang-kadang kalau time peak hour semua orang menggunakan toilet, air kat kat bilik tu jadi slow dan boleh jugak sometime sampai tak keluar air langsung. Dapur dia ok. ok habis bab studio room.

Ni guwa nak cerita pasal bilik-bilik biasa yang shared bathroom dengan toilet. Seperti biasa, bilik memang agak kecik la tapi ada jugak single room yang besar sket. 

Since guwa pernah duduk time winter, so guwa nak cerita pasal heater dalam bilik. Heater dalam bilik guwa ni tak berfungsi, disebabkan memang guwa stay lama kat sini, so guwa rasa takpe la guwa invest sket untuk beli small heater letak dalam bilik guwa. Kalau tak nanti, guwa asyik nak mengamuk je kalau sejuk-sejuk sangat. tapi ni hanya berlaku time winter. So kalau lu orang datang time summer tak perlu la risau heater tak jalan. okay? Bilik kawan guwa kat sebelah pun, heater tak jalan jugak. Banyak kali jugak complain kat management, guwa tak berapa pasti ada tindakan di ambil ke tak. Tapi nasib baik kawan guwa stay sekejap je. 

Okay, toilet pulak. Kebersihan toilet depends pada level yang mana yang korang stay. Macam level guwa stay nih, agak bersih sebab guwa selalu jadi cleaner toilet nih. Boleh katakan setiap level toilet dia guwa  pernah guna. Ada yang kebersihan dia ok, ada yang agak mengecewakan dan ada yang boleh lah. Masalah tersumbat tu perkara biasa, guwa agak maybe sebab kat sini hard water. So kalau tersumbat tu lu orang cakap je la nanti dia betulkan. Kadang-kadang boleh jadi takde air panas untuk mandi, ni guwa selalu kena. Guwa dah buat kaji selidik, management cakap kalau penggunaan air panas tu kurang dia akan automatik off kan heater air tu sebab takut jadi terlampau panas. So bila air panas takde lu orang kena la pakai baju molek-molek, turun lift jumpe orang kat kaunter then cakap air panas takde, lepas tu naik semula duduk kejap baru mandi. Kalau malas, mandi je air sejuk. Ni guwa pernah buat jugak, naik kebas satu badan guwa kena air sejuk.

Yang guwa tak cerita tu, maksudnya facilities dia ok la boleh tahan. Oh lupa guwa nak cakap pasal harga dia, kalau bukan student 30 pound per person per night. Kalau student 25 pound per person per night. Kalau student long term stay harga dia lain bergantung pada bilik, postgrad atau undergrad. 

Overall guwa tak pasti nak kasik berapa bintang, terpulang pada lu orang. okay?

p/s: jangan confuse dengan Mara hostel ok, dua mende yang berlainan :)




Sunday, April 22, 2012

Kisah Cinta

Mintak maap la semua, guwa (buat-buat) busy sekarang disebabkan exam yang semakin menghampiri diri guwa. Walaupun guwa dah lari 100m, lari 400m dan lari setempat, exam still follow guwa dengan kelajuan yang sama. So guwa decide, tak perlu la guwa main kejar mengejar pula. Penat guwa hari-hari nak lari, baik guwa duduk je diam-diam berchenta dengan buku. Walaupun guwa tak berapa nak jatuh hati sangat dengan buku-buku tu. Ye la, dah la tak hemsem, tak romantik...tak pandai nak bermanja. Guwa manja-manja pun dia buat kerassss je. Siapa yang boleh tahan berchenta macam tu. Setuju dengan guwa? Tapi tak mengapa, guwa hanya perlu bersabar sampai 21 May ni je. Lepas tu guwa boleh berchenta dengan diri guwa sendiri....wahahahahaha (gelak jahat...padan muka kau buku)

Guwa ade banyak story mory yang guwa nak update pada lu orang, tapi sekarang guwa perlu fokus pada perchentaan guwa dengan buku dulu. Lu orang jaga diri baik-baik sepeninggalan guwa ni. ok? Jangan nakal-nakal, jangan asyik nak santau orang je, kurangkan membebel dan tak lupa jugak bawak-bawak banyak bersabar menempuh hari-hari mendatang. Hahaha...apa guwa merepek nih?

Ok, guwa cekidout dulu. Ingat pesan guwa, jangan nakal-nakal.

Sunday, April 8, 2012

Air Panas

Ok, hari ni guwa nak cerita pasal air panas. Bukan air panas untuk masak maggi, bukan jugak untuk buat air milo 3in1, air panas untuk rebus telur separuh masak pun bukan jugak. Ni air panas digunakan untuk mandi, ok dapat bayang tak air panas yang macam mana? Mungkin sebut water heater kalu, lu orang paham kot. kan? Ye..air panas itulah yang guwa nak bercerita hari ni.

Dulu-dulu masa guwa kecik-kecik, kebiasaannya puan Siti akan masak air panas untuk guwa mandi sebelum guwa pergi sekolah pagi. Ye lah, kesian budak-budak mandi air sejuk. Dulu guwa membesar kat Felda, pagi-pagi air memang sejuk giler. Ibaratnya kalau terkena air sejuk tu boleh paralyse lu orang tahu, macam tu la penangan air sejuk kat rumah guwa dulu-dulu. So, setiap pagi puan Siti masak air dulu lepas tu campur dengan air sejuk, kasik dia jadi suam-suam kuku untuk guwa mandi. Dapat la guwa mandi manda dengan senang hati.

Tapi, guwa bukan nak cerita pasal kisah guwa masa kecik. Ni guwa nak cerita pasal water heater tempat guwa duduk sekarang.

Untuk yang tak tahu, guwa sekarang duduk di Hall. Hall ni ibarat macam hostel la, tapi dia tak macam hostel masa guwa belajar kat Malaysia dulu. Lelaki perempuan asing, tempat guwa duduk ni sekali je semua. Bukan duduk satu bilik, lu orang jangan pikir macam-macam. Maksud guwa, dia tak asingkan la building lelaki dan perempuan. Satu building je guna. 

Haa, guwa bukan nak cerita pasal building. ok sambung semula, sekarang guwa duduk tingkat atas sekali. Bukan tinggi sangat pun, 5 tingkat je. Disebabkan kat sini sejuk, lu orang tak payah mimpi la nak mandi air sejuk, boleh paralyse seperti yang guwa cakap tadi. So, tak payah la buat cubaan macam tu, menyusahkan jiran tetangga nak guna toilet kalu lu orang paralyse dalam toilet. ok? Tak silap guwa, tempat guwa tinggal ni dia gune centralize untuk water heater kat building ni. So lu orang memang tak boleh nak control kepanasan dan kesejukan air tu. Tapi seperti biasalah, dia ade satu untuk air sejuk dan satu untuk air panas. So, boleh la guwa bukak air sejuk 50%, air panas 50%...jadilah suam-suam yang sesedap rasa untuk mandi. Dia punye shower tu pulak, bukan jenis style yang melekat kat dinding tu. Guwa nak cerita tak tahu, lu orang tengok la gambar kat bawah ni. Senang cerita, macam tu lah jugak kat tempat guwa ni.

Gambar Dari Google

Di suatu pagi yang damai, hari tu guwa bangun dalam pukul 9.30 pagi macam tu. Celik-celik mata, guwa golek-golek atas katil...guwa termenung seperti biase, lepas tu guwa pun bangun dari katil guwa. Capai tuala, berus gigi+ubat gigi dan shower gel, guwa pun melangkah pergi ke toilet. Dekat je toilet dengan bilik guwa, tak sampai 5 langkah. Macam biase la, guwa pun mulakan step-step nak mandi. Bukak air sejuk 50%, air panas 50%...sebelum meneruskan siraman pertama mesti la guwa kena verify dulu. okeh, cukup sesedap rasa...guwa pun mandi. Tibe-tibe tengah syok guwa mandi, air yang suam sesedap rasa tadi bertukar menjadi air panas mendidih. perghhh...dia punya panas boleh masak kulit guwa ni lu orang tau. kalau masa tu guwa tengah siram-siram kat tangan guwa ke, kaki guwa ke, perut guwa ke...tak jadi hal sangat. Cuba lu orang bayang kalo guwa tengah siram di tempat yang boleh di katakan anggota badan yang sensitif? Tak payah la guwa nak cerita dengan detail, lu orang pepandai la letakkan diri lu orang di tempat guwa.

Sudah mandi guwa masuk bilik, tak lama lepas tu room mate guwa mengeluarkan soalan berbunyi "Lu dengar tak ada orang menjerit tadi? guwa rasa macam dari toilet..satu building dia punye kuat..." guwa jawab ringkas "guwa mandi tingkat bawah hari ni, toilet penuh."

Saturday, April 7, 2012

Library

Semalam 5.30 pagi guwa dah bangun. lepas termenung dalam 30 minit, guwa pun bangun dari katil guwa untuk pergi mandi. Lu orang tak payah la nak confuse pasal apa guwa termenung lame sangat, anggap je la termenung tu hobi guwa. ok? Cakap pasal mandi ni, guwa ada story nak kasik tau lu orang. Tapi story ni guwa hold dulu la. Pasal hari ni guwa nak citer pasal mende lain.  

Sambung semula, masa tengah-tengah mandi tu. Guwa terfikir, ape yang patut guwa buat hari ni. Banyak lagi subjek guwa tak cover nak exam ni, so di sebabkan banyak lagi guwa nak kena study, guwa decide guwa kena pi library. Guwa siap mandi je, terus guwa siap-siap pakai baju, sembur wangian sket, letak nota-nota yg patut dalam beg sandang guwa. Sebelum keluar bilik, biasenya guwa akan check dulu berapa suhu, guwa tengok hari ni sejuk lain macam. So guwa capai baju tebal guwa, tak lupa jugak buah-buahan untuk bekal study nanti. Guwa pun gerak...tunggu tube...bla,bla,bla...tunggu bas...bla,bla,bla...dlm 8.10pg guwa sampai library tempat guwa belajar.

Guwa tengok, tak ramai lagi orang. biasenya library tempat guwa belajar ni tak pernahnya takde orang. penuh je memanjang macam shopping complex kat malaysia dia punya ke'busy'an tu. Guwa fikir, minum hotchoc la dulu sebelum masuk library. Pasal library ni, tak boleh bawak makanan dan minuman (air mineral je boleh). Abes je minum, guwa pun melangkah dengan penuh semangat masuk library, sambil tu dalam hati guwa berkira-kira...hari ni, guwa nak study habis kan sekurang-kurangnya 2-3 topik. Berkobar-kobar semangat guwa ni, tambah pulak dengan muka yang penuh ceria guwa sapa pak guard library tu "Good Morning" guwa kate, pastu guwa senyum. Hahaha..senyuman paling manisss guwa kasik. Pastu guwa blah, naik lift pergi tingkat 4. 

Keluar je lift..guwa tinjau-tinjau port mane yang paling best guwa nak lepak ni. Tempat tu penting..tak serasi kalu, nanti guwa study tak masuk pulak. Guwa nampak satu tempat ni, tepi tingkap jauh sket dari meja-meja lain. guwa fikir, ni bagus ni takde la bising sangat guwa nak study ni. tak terganggu fokus guwa. guwa pun letak semua perkakasan guwa. guwa keluarkan nota, pencil, pemadam, pen merah. lepas tu guwa susun buah yang guwa bawak tadi elok-elok. senang nanti, lapa kalu guwa capai je terus makan.

Sebelum study tu guwa baca doa dulu, mak guwa pesan nak study kena baca doa. mintak ampun kat tuhan, mintak lapangkan dada...baru study pun lancar. Guwa pun mulakan study guwa. 15 min pertama, guwa cool je lagi. 30 min berlalu, guwa rase macam lenguh-lenguh badan plak. ni kalu study kat bilik ni boleh la guwa baring-baring barang 2-3 minit hilangkan lenguh badan. tapi takpe guwa sambung study lagi. sampai minit ke-45, guwa dah start rase mengantuk. nota guwa baca tak berganjak, baru muka 2...ah, guwa pikir guwa rehat la kejap. selalu guwa dengar pakar-pakar motivasi cakap kalo study tu kite kena ade microbreak. baru la otak tak penat. So guwa decide, guwa nak pejamkan mata guwa barang 5 min. guwa toleh kiri kanan, guwa tengok clear. alah, 5 min je guwa nak rest...bukan 5 jam. guwa pun letak tangan atas meja, lepas tu guwa landing kepala guwa.

Tiba-tiba tengah syok guwa layan tido guwa...ade orang ketuk meja guwa. sebelum angkat kepala, guwa kedip-kedip mata dulu. yelah, nanti takde la nampak macam orang bangun tido sangat kan. guwa pun angkat kepala. guwa tengok classmate guwa datang sapa guwa. guwa ingatkan sape la tadi.

Lepas tu guwa buat ayat tensen sket kat classmate guwa "apesal lu kacau guwa nak rest, guwa baru je nak lelap mata" lebih kurang macam tu la ayat guwa. sekali classmate guwa ckp, dari dia datang tadi.. dia tengok guwa tido tak bangun-bangun, dia ingat guwa pengsan. tu yang dia datang ketuk meja guwa. sekali guwa tengok jam, cisssss!! guwa dah tido 2 jam. muke guwa terus rase panas sampai ke telinga. guwa rase kalo renjis air kat muke guwa, boleh jadi dia punye bunyik macam kite renjis air kat kuali yang tengah panas kat atas dapur. Guwa pun terus cakap pada classmate guwa, guwa sakit kepala sambil kemas-kemas barang guwa. Guwa balik dulu, guwa nak rest sakit kepala tak hilang lagi..kate guwa kat classmate guwa. guwa terus angkat kaki.

mase jalan keluar dari library tu, guwa rase nak lempang je pipi guwa laju-laju. Mane hilangnye semangat berkobar-kobar guwa tadi?? guwa rase macam ni kalu, baik guwa study kat bilik je. 

Wednesday, April 4, 2012

Exam dan Guwa



Guwa sebenarnye tak lame lagi ada peperangan besar. Punya besar perang ni, sampai guwa hari-hari tak boleh tidur malam sekarang. bukan pasal ape, guwa termenung memikirkan strategi ape guwa nak gune nanti. Ni yang merunsingkan guwa sekarang ni...


Perang ape yg sedang guwa perkatakan ni?haa...meh guwa nak habaq mai. Guwa hujung bulan ni ade FINAL EXAM beb. tak sampai sebulan dah, tapi guwa rirek je baca manga. Guwa rase kalo manga tu masuk exam, guwa lah orang paling cemerlang jawab exam. Mesti guwa keluar exam room dengan senyuman paling manisss sekali kan.


guwa pun confuse dengan diri guwa sekarang ni, cube lu orang bagitau guwa sikit. ape guwa patut buat kat diri guwa ni. kasik sedar diri sikit. Ikutkan hati guwa, nak je guwa lempang diri sendiri, tapi guwa tak sampai hati plak kan.


Guwa ade 7 paper untuk final exam ni. Bila sebut 7 je, guwa rase macam nak mencarut sebab gerun sangat lu orang tau. perghh...sampai macam tu skali. Guwa tau mesti lu orang confuse dengan guwa, sambil tu lu orang mengeluarkan ayat "lek ar bai, exam je pun.." heh, ikutkan hati guwa memang nak rirek je bro, tp tak ter'rilek' guwa bro. Tinggi harapan rakyat jelata bile guwa pulang ke tanah air nanti. So, guwa akan cube sedaya upaya untuk tidak menghampakan semua rakyat. Guwa harap lu orang semua doakan guwa dapat jawab dgn lancar tanpa ragu-ragu. ok?


Ni guwa nak imbas kembali zaman guwa ambik UPSR dulu.


Guwa ni bukan genius pun, kalau nak result gempak memang guwa kena study. tak macam orang lain cukup dengan cikgu cikgi mengajar dalam kelas je. So, mase nak UPSR tu guwa buat jadual study sampai pukul 11 malam. satu masalah guwa ni, guwa penakut. kah kah. ni rahsia tak semua orang tau nih. Maklum la...hilang la ke'machoh'an guwa kalau orang tahu guwa penakut. So, terpakse la puan Siti temankan guwa hari-hari untuk study. Kadang-kadang sampai puan Siti tertido tunggu guwa.Bile kenang-kenang semula, terharu guwa.


Ni dah besar panjang ni, mane guwa nak carik orang nak temankan guwa study? Ikutkan hati guwa, nak je guwa rembat omputih yg lalu lalang tepi jln ni suruh temankan guwa study. baru lancar sket perjalanan darah kat otak guwa kan.


Ni yang guwa tak berapa nak paham lg ni, apesal plak guwa boleh buat blog di tengah-tengah critical nak exam ni. Cube lu orang jawab sikit, patut ke tak patut guwa lempang pipi guwa laju-laju?

Intro: Kisah Guwa

guwa mulakan dengan... Assalamualaikum w.b.t

Yela, guwa sebagai umat islam kena la hormat jugak kan. Nanti tak pasal-pasal pulak ade peminat guwa cakap guwa tak kasik salam. chewah, baru entry pertama.. guwa da budget ada peminat. Kena positif der...baru hidup berjaya. kah kah..

ok, sebenarnye guwa bukan hebat sangat pun menulis nih. guwa baca pandai la, lepas tu guwa pandai gelak. guwa memang suka baca blog nih, lagi-lagi yang kelakar. guwa memang tabik spring lah kat lu org yang hebat giler tulis blog di samping tu menghiburkan org lain. guwa punye respect tu, macam guwa nak pergi peluk je lu orang semua. jangan la fikir macam-macam, ni kire macam pelukan ucapan tahniah guwa pada lu orang sebab buat guwa terhibur bile baca blog lu org. ha ha..ok?

So, bermulanya hari ini guwa nak share dengan lu orang semua pasal kisah-kisah dan pengalaman guwa di rantau org nih. takde gempak mane pun citer guwa nanti, tapi guwa harap dapat la menghiburkan lu orang semua yerk?

ok, guwa cekidout dulu.