Esok member guwa akan buat open house, tapi open house ni untuk kita orang berempat je. Tapi guwa saja je nak update kat sini, menu dia adalah satey, nasik impit, kuah kacang dan nasi tomato (ni guwa agak je...harap-harap dia memang masak nasik tomato). Member guwa nih pernah masak nasi ayam dengan nasi tomato untuk juadah berbuka di bulan Ramadhon hari tu. Guwa tak tipu memang sedap sampai boleh tambah 4 pinggan. Malam tadi sebelum tidur guwa cuba membayangkan satey member guwa nih, beserta dengan kuah kacang dan nasi impit. Sudahnye malam tadi guwa mimpi pasal satey dan nasi impit sampai ke pagi =__="
Okay, cukup-cukup pasal makanan. Actually guwa nak cerita pasal Mara House nih, dah 5 hari guwa mandi air sejuk. Takde air panas. Dah le sekarang suhu agak menurun, so bile turun makna nye agak sejuk la. Tapi bukan la sejuk macam winter plak. Guwa dah tak tau nak rasa apa lagi ni dengan keadaan macam ni. Nak rasa marah ke rasa gumbira?
Empat minggu yang lepas, masa tu guwa baru bangun pagi nak ke toilet untuk mandi. Baru guwa nak masuk toilet, tiba-tiba guwa nampak ada notice depan pintu. Tulis out of order. Ajaib nih, baru malam tadi je okay, getus hati guwa. Guwa pun masuk bilik semula, ambik phone terus call office Mara house. Guwa tanya apa pasal pulak toilet level guwa ni out of order. Orang tu cakap dia pun tak tahu, nanti dia pergi check.
Tak lama lepas tu, guwa dapat message cakap tiles tepi bathtub tu dah tercabut. So kalau nak mandi tak boleh kena air kat situ. Kena mandi sopan santun berbudi bahasa supaya air tak mercik kat situ (ni guwa tambah sendiri). Sampai sekarang, dah sebulan guwa tak nampak effort nak betul kan pun dan notice tu still lagi ada kat situ. Ni masalah air panas yang tak sudah-sudah.
Baru-baru ni, guwa ada terdengar perbualan seorang pakcik yang stay sementara waktu kat Mara house ni bertanya kan pasal toilet level guwa tuh. Soalannya berbunyi "toilet level 4 tu memang tak nak betulkan ke?" selamber je pertanyaan dia, tapi guwa sokong. kuskuskus. Lu orang tau orang tu jawab apa? Dia jawab kos nak betulkan mahal...bla..bla..bla...dalam hati guwa, memang sampai reput la tak betulkan nampaknya tuh.
Baru-baru ni lagi, guwa ada borak-borak dengan beberapa orang yang dah lama menetap di London nih. Dia orang bertanyakan pasal Mara House, ada yang nak menetap kat situ. Guwa pun bercerita la dengan jujur, tiba-tiba ada sorang kakak ni mencelah. Dia cakap dulu orang yang sama yang manage Mara house sekarang pernah manage Mara hostel (Mara House dan Mara hostel adalah 2 penginapan yang berlainan), masa tu keadaan Mara Hostel agak teruk. Guwa agak mesti keadaannya macam Mara house sekarang. Tapi sekarang Mara hostel dah agak better since orang lain dah manage.
Dan banyak lagi cerita yang guwa dengar, baru guwa tahu mostly dia orang memang tak suggest pun nak stay Mara House. Service memang very bad. Sekarang sewa bilik guwa dah naik. Since guwa dah nak habis belajar dah pun, guwa sabar je sekarang. Member-member guwa ramai dah melarikan diri dari Mara house.
Sekian sahaja informasi untuk anda di luar sana :)
No comments:
Post a Comment