Thursday, August 1, 2013

Selamat Berhari Raya

Selamat Hari Raya uolss!!

Baju raya dah ready ke? Color apa tahun ni?

Duit raya untuk anak buah, adik-adik, sepupu sepapat dah siap masuk sampul semua?

Berapa lama bercuti raya tahun ni?

Raya kat mana tahun ni?

Tahun ni guwa raya bersederhana je macam tahun-tahun sudah jugak (ecewah). Duit raya guwa dah ready, untuk anak buah guwa dengan untuk budak-budak yang datang beraya. Lu orang jemput la datang rumah guwa raya ni. Tapi guwa belum pasti lagi raya tahun ni hidangan apa yang ada. Seperti biasa, peranan guwa untuk tolong menolong mesti la ada. Guwa tolong tengok je, ni memang job guwa setiap tahun (hewhewhew). Dan tolong makan, ni jugak memang pekerjaan tetap guwa. 

Tahun lepas guwa berhari raya di London, so banyak makanan yang guwa terlepas. So tahun ni kira guwa nak qada' balik yang mana terlepas tu. Sekarang ni macam-macam makanan guwa terbayang. Lemang, ketupat pulut manis, tapai, laksa, nasi dagang, satey dan sebagainya. Tak sabar guwa nak memenuhkan perut guwa nih.

Tapi tahun ni guwa tak cuti lama untuk berhari raya, sebab guwa takde cuti. Maklum la guwa baru je masuk keje awal tahun hari tu. So terpaksa la guwa cuti singkat je. Tapi takpe la, guwa pun memang tak bercadang nak cuti lama. Guwa kan workaholic -__-"

Hari raya ni biasanya budak-budak paling seronok, ni zaman masa guwa kanak-kanak (yang comel) dulu la. Sekarang guwa tak pasti la pulak. Guwa tengok anak buah guwa kalau nak raya, muka macam takde perubahan pun. Tak nampak excited pun. Guwa tak pasti la pulak kalau dia pendam dalam hati (kehkehkeh).

Dulu masa guwa kecik-kecik, bila nak raya je dia punya seronok tu tak boleh di gambarkan dengan kata-kata. Ha punya seronoknye! Kecik-kecik dulu guwa duduk berdua je dengan ibunda guwa. Kakak-kakak dan abang guwa belajar di sekolah berasrama. So setiap kali nak raya je, guwa excited tunggu kakak dengan abang guwa balik kampung. Sebab time tu rasa, meriahnya rumah guwa. Semua orang ada!

Dua hari sebelum raya nanti mesti guwa main bunga api dengan kakak-kakak guwa. Abang guwa tukang ajar guwa main mercun. Ni memang aktiviti wajib setiap tahun. Tapi guwa takde la pasang pelita, walaupun guwa duduk di felda. Kawasan rumah guwa agak tidak sesuai nak pasang pelita. Sebab rumah guwa adalah deretan kedai-kedai. Tapi bagi guwa, main bunga api dengan mercun tu, dah cukup gempak dah. Guwa bukan main mercun buatan sendiri. Mercun guwa di panggil mercun mancis. Beli di kedai (dulu-dulu, mercun tak diharamkan lagi).

Ibunda guwa adalah seorang tukang jahit, so adalah menjadi kebiasaan baju raya kami adik beradik siap di pagi raya pertama tu. Sebab selalu ibunda guwa akan bertungkus lumus tak tido siang dan malam siapkan tempahan baju orang di felda guwa. Baju raya kita orang akan siap last skali. Tapi walau macam mana pun, baju raya baru still akan ada :D. 

Hari raya pertama, kedua, ketiga dan ntah la sampai hari raya keberapa, acara paling guwa suka adalah pergi kutip duit raya. Pusing satu felda, setiap rumah yang ada, guwa and the geng akan pergi beraya. Biasanya guwa keluar pagi-pagi sampai la ke petang, time hari raya ni je guwa mendapat green light dari mem besar untuk keluar rumah sepanjang hari. So guwa pun apa lagi, memang guwa pusing satu felda pergi kutip duit raya. Kadang-kadang sampai nak koyak poket baju raya. Yelah dulu-dulu, 50 sen tu dah kira banyak dah. Kalau seringgit apatah lagi. Rumah yang bagi duit raya seringgit memang kena serbu dengan budak-budak. Lagi satu kita orang memang ada beberapa buah rumah yang menjadi aim utama. Setiap tahun mesti kena pergi rumah-rumah ni, sebab bagi duit raya seringgit.

Begitulah kebiasaan hari raya guwa, memang seronok. Sampai sekarang kalau di kenang-kenang, masih berbunga-bunga hati guwa kalau teringat.

Bila dah semakin membesar dan meningkat umur nih, hari raya kadang-kadang kurang meriah. Rindunya guwa zaman kegemilangan dulu kala.

Lu orang dulu-dulu kutip duit raya ke? 

No comments:

Post a Comment