Tuesday, June 11, 2013

Again MARA House London

Guwa tengok sekarang ramai betul yang duk review entry guwa pasal Mara House London. Guwa agak mesti yang dah dapat scholarship dari MARA/JPA untuk further study by end of this year sudah memulakan pencarian tempat tinggal. So disebabkan hal di atas, guwa terpanggil untuk tulis entry nih.

Entry ni guwa tujukan khas untuk lu orang yang akan berhijrah ke London sebagai student dan sedang mencari tempat tinggal. Bagi yang nak datang just untuk Holiday ke London, guwa takde idea. Guwa nak cadangkan stay kat MARA house London pun guwa rasa macam bukan la tempat yang ok nak stay. Ni guwa ikhlas dan jujur kasik pendapat. Tapi kalo lu orang rasa MARA house is the best, go ahead. 

Guwa ada beberapa cadangan tempat tinggal yang sangat reasonable harganya dan termasuk all the bills and facilities. Cadangan yang guwa kasik ni berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan diri guwa sendiri yang pernah dan sedang menetap kat tempat-tempat ni.

Tempat pertama guwa cadangkan, Du'cane house yang terletak di Acton dan Shepherd's Bush. Right in front of the Imperial College Hospital. So kalo sakit terus berlari pergi Hospital depan rumah. Guwa ada beberapa orang kawan yang masih lagi menetap di sini. For single room dorang charge GBP500 per month. Ni termasuk all the bills and internet. Bilik yang luas, which is keluasannya double dari MARA house. Ensuite, bermakna lu orang tak perlu share toilet dengan makhluk-makhluk lain. Shared Kitchen on each level. Dalam bilik ada disediakan peti ais untuk korang simpan makanan and they provide a lot of storage dalam bilik. Storage maksudnye almari untuk korang. Ada meja study and kerusi. Coin operated washing machine disediakan untuk single room. Dorang jugak ada menyediakan menginapan untuk student yang dah berkeluarga (ada anak), whole house with 3 bedroom, living room and kitchen (including washing machine) at GBP1K per month. Untuk yang dah kahwin but belum ada anak, they provide couple accomodation. Whole house with 1 bedroom, 1 living room and kitchen at GBP800 per month. Bus stand depan rumah je untuk pergi mana-mana. Tube station is about 10-15 mins walk. But remember to apply 4-5 month earlier sebab waiting list sangat panjang. Kenapa waiting List panjang? Sebab ramai yang nak duduk sini. Nah ni link http://www.ducaneha.org.uk/

Yang kedua guwa suggest pergi duduk kat Victoria League yang terletak di Bayswater. Yang ni rental dia varies depends on room. Sebab ada bilik yang ada kitchen ada yang takde. Ada yang kena duduk berdua ada yang single. But the rental will NOT be more than GBP550 per month including all bills and internet. Shared toilet bersama makhluk-makhluk yang duduk 1 level dengan lu orang. Also provided shared kitchen. Dalam bilik ada peti ais, meja study dan kerusi dan juga almari yang besar. Toilet semua kat luar, so lu orang kena share (berbeza dengan ducane yang ensuite). Ada washing machine coin operated disediakan. Apa yang bagusnya di Victoria League ni? Dia berada betul-betul berhampiran dengan bandar bayswater, yang mana semua kemudahan seperti bus, tube, Saintbury, Mark&Spenser dan bermacam-macam lagi hanya di hujung kaki lu orang semua :) Silalah melawat link ini http://www.victorialeague.co.uk/student-house

Fourth option, korang buleh la try apply MARA Hostel, yang mana terletak di Bayswater jugak. Berhadapan je dengan Victoria League. MARA Hostel ni hanya untuk Malaysian dan dia dapat subsidi dari kerajaan Malaysia so rental dia masa kawan guwa duduk tahun 2011-2012 untuk shared bedroom ialah GBP200 per month. Untuk single room, GBP400 (tak silap guwa la). Shared toilet and shared kitchen. Katil double decker, ada almari, meja study dan kerusi. Bilik tak besar mana. Untuk basuh baju kena pergi laundry shop yang berdekatan. Facilities seperti internet dan water heater agak kurang memuas. Masa winter 2011 dulu kawan guwa cakap, water heater dorang rosak. So dorang kena masak air untuk mandi. Unless lu orang kulit buaya, buleh bedal je mandi air sejuk. No hal untuk lu orang yang specis macam ni. But since rental murah guwa rasa ok lah. Jangan banyak complain. hewhewhew.

The last option is MARA House yang mana terletak di Paddington. Yang ni guwa memang jujur tak suggest langsung. But it's your decision, takde kena mengena dengan hidup guwa. Tempat dia memang convenient macam Bayswater jugak. Semuanya di hujung jari kaki lu orang je. Yang ni guwa tak payah cerita lebih-lebih sebab entry sebelum ni guwa dah pernah cerita. Pergi korek-korek. Latest update dari kawan guwa yang masih lagi menetap kat sana. Single room rental GBP450 per month, shared toilet (Takde cleaner, lu orang cuci sendiri), no kitchen at all, ada meja study dan kerusi, dan almari kecik. Nak basuh baju kena pergi laundry shop yang terdekat. Kalu shared room dia charge GBP285 per month. Kemungkinan shared room korang kena share meja study dan almari. Internet dan water heater kurang memuaskan. Kebersihan especially toilet totally out.

Ok, penat dah guwa membebel-bebel kat atas tu, guwa harap dapat la membantu lu orang walaupun hanya sebesar habuk kat umah guwa. 

Good luck dan buatlah pilihan yang tepat :)




3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Trima kasih atas perkongsian. Saya memang tengah cari rumah di Du Cane Road t, tp nie baru nk aplly.

    Doaakn semuanya dipermudahkn ye :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wbt,

    Tumpang tanya for Ducane House tu mmg strictly for students/key workers sahaja ke? Atau pun dia bg kelonggaran ketika summer holiday/christmas break.

    Teringin melawat London at a cheaper cost.

    Thanks.

    ReplyDelete